23 December 2009

ME Sana Sini

Salam...macam baru semalam aku bertungkus lumus menyiapkan webpage Mansor Empire menggunakan Microsoft Publisher dan sekarang kita sudah punya blog sendiri atas inisiataif anak muda MP (Mansor Empire) Hanafi@Pipi@Loted. Banyak la lagi ruang untuk ahli MP berkongsi maklumat, perkembangan terkini, achievement, suku dan duka kita melayari kehidupan dimuka bumu Allah ini.

Ok..apa perkembangan terbaru kita...aku suka untuk berkongsi kisah sensasi ahliMP..dengar khabar bulan depan sorang lagi ahli MP akan mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihannya dari Pahang..kepada Nijam kita ucapkan Selamat Pengantin Baru in advance..kami doakan semoga berbahagia ke anak cucu..minta maaf kerana tiada kesempatan untuk menghadiri kenduri di Pahang atas urusan kerja..namun ada desas-desus dari sumber yg boleh dipercayai melaporkan bahwa kita juga bakal mendapat seorang lagi ahli baru juga dari Pahang..lebih tepat lagi dari Pekan, Pahang..harap empunya diri tidak la marah atas pendedahan ini kerana sumber itu dtgnya dari ibundanya sendiri,,hehe..nampak gaya kita kena kumpul duit ni tuk ke Pekan,Pahang,,maybe dalam 2-3 tahun lagi..InsyaAllah..kita doakan yang terbaik.

Wah..aku seronok dengar ramai anak2 muda MP yang berlajar di IPT2 mendapat keputusan yang cemerlang dalam Final exam meraka masing2..Tahniah diucapkan!

Tidak lupa juga kepada ahli2 MP yang baru memulakan cuti panjang menunggu ResultSPM,..diharap masa ini tidak dibazirkan dengan duduk si rumah menonton TV dan bermain FB..pastikan ikut Kursus BI atau keusahawanan yang ditawarkan di merata tempat di KK ni at least proses pembelajaran tu ada kesinambungannya.

Suka untuk aku umumkan yang WARUNG PUTERI akan mula beroperasi pada 30hb Disember 2009 (Rabu) di Lot 11, Tkt 3, Food Court Suria Sabah. Doakanlah agar perniagaan ini mendapat keberkatan Ilahi, disenangi oleh orang sekeliling dan dihindarkan dari hasad dengki makhluk Allah yang bernama MANUSIA.AMin..kalau ada kesempatan ke Suria Sabah tu singgah2 le ke WARUNG PUTERI ya..kita pekena lauk pauk ala MInang. Until next time..Harry OUT!!

No comments:

Post a Comment

News latest

31hb 1 2010 bermulanya majlis persandingan untuk bahagian lelaki MOHAMMAD KHAIRUL NIZAM dan NOOR SHIELLA, kepada sesiapa yang mengenali MP di jemput untuk hadir ke jamuan tersebut sekian terima kasih

Welcome

Slideshow Raya 2007